Showing posts with label Entries. Show all posts
Showing posts with label Entries. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

Hubungan Seorang Perempuan Dengan HIV/AIDS

Words by Salina Shaari

Kesanan penyakit HIV/AIDS di Malaysia pada tahun 1986 .Selang beberapa tahun selepas itu, HIV/AIDS telah menjadi penyakit berjangkit utama yang menyebabkan kematian. Sekitar 1990an HIV/AIDS mula dikenali menjangkiti kepada wanita. Nisbah wanita yang dijangkiti virus HIV/AIDS ketika itu amatlah rendah jika dibandingkan dengan kadar jangkitan terhadap lelaki.

       Diantara wanita tersebut ialah saya. Saya Salina, seorang wanita yang telah lama hidup dengan HIV/AIDS. Saya telah hidup dengan HIV selama 20 tahun. Wanita seperti saya mudah terdedah dengan jangkitan dan ia boleh berlaku melalui hubungan seks, penggunaan jarum suntikan yang sama dengan pembawa virus HIV akibat penyalahgunaan dadah,   pemindahan darah semasa  pembedahan daripada darah pembawa virus HIV/AIDS ataupun jangkitan daripada ibu yang pembawa HIV/AIDS kepada anak.

  Wanita yang merupakan HIV positif menghadapi pelbagai isu seperti isu kesihatan, rawatan, pencegahan, stigma dan diskriminasi serta bebanan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai seorang wanita yang hidup dengan HIV/AIDS, kekuatan mental, emosi serta pengetahuan HIV/AIDS amat penting. Perkara ini telah menolong saya berfikir secara rasional dalam membentuk hidup saya di masa hadapan.

Kesukaran saya berdepan dengan semua masalah ini dapat diatasi hasil daripada nasihat dan panduan daripada Dato' Dr Christopher Lee yang merupakan pakar untuk penyakit berjangkit ketika saya mendapat tahu yang saya dijangkiti penyakit ini. Ketiadaan rakan sokong bantu dan kaunselor yang arif tentang HIV/AIDS merupakan masalah utama saya dan wanita seperti saya yang hidup dengan HIV/AIDS pada awal 1990an.

(Image from Google)

       Gangguan emosi dan perasaan sukar untuk menerima kenyataan adalah cabaran utama wanita HIV positif. Pada waktu itu, hidup umpama seperti "pokok tiada baja" ataupun “bangkai bernyawa". Syukur kepada Tuhan yang sebagai seorang Muslimah, saya menerima takdir dengan hati yang terbuka dan berfikir secara bijak dengan mengawal emosi saya. Apa yang ada ketika itu hanya kematian kerana belum ada lagi sebarang rawatan sekitar tahun 1995. Namun begitu , ini bukanlah penyebab untuk saya tidak akur kepada temujanji yang ditetapkan. Kaedah rawatan untuk wanita HIV positif yang disediakan dari dahulu hingga sekarang adalah sama seperti lelaki. Rawatan ulangan tertakluk kepada kesihatan wanita itu sendiri. Wanita HIV positif seperti saya yang belum memulakan  rawatan HAART (pada masa itu) berisiko untuk mendapat jangkitan lain seperti kanser serviks dan lain-lain lagi. Saya amat bernasib baik kerana sepanjang 14 tahun sebelum saya memulakan rawatan HAART, saya tidak mendapat penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan saya. Hanya apabila selepas memulakan HAART saya mendapat T.B iaitu selepas 16 tahun hidup dengan virus HIV. 

Dua tahun selepas kematian suami saya yang pertama akibat AIDS, saya berkahwin semula dengan seorang lelaki HIV negatif yang mengetahui akan status saya. Pada tahun 1999, prosedur perkahwinan tidak memerlukan pasangan yang ingin berkahwin untuk membuat ujian HIV. Ramai dikalangan wanita HIV positif berkahwin dan meneruskan hidup hingga sekarang. Sekarang, undang- undang telah ditetapkan oleh majlis agama islam di seluruh Malaysia yang mewajibkan semua pasangan yang ingin berkahwin untuk mengambil ujian HIV. Ini akan menghindari wanita HIV positif seperti saya untuk meneruskan hidup mereka dengan pasangan baru. 

Namun begitu, institusi perkahwinan bukanlah penyelamat seseorang wanita daripada dijangkiti virus HIV/AIDS. Wanita yang berkahwin tanpa mengetahui status (HIV) si suami berisiko tinggi mendapat penyakit ini. Wanita seperti saya juga agak sukar untuk meminta si suami menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks. Wanita HIV positif yang belum memulakan rawatan seperti saya berisiko untuk menjangkitkan pasangan seperti suami saya. Oleh kerana itu, langkah pencegahan harus diutamakan dengan penggunaan kondom ketika bersama suami. Tindakan ini dapat mengelakkan jangkitan virus HIV kepada pasangan kita. Selama 17 tahun perkahwinan saya, suami saya bebas daripada jangkitan.      

  Sebenarnya hubungan wanita HIV positif amat besar maknanya membabitkan soal kehidupan berkeluarga. Wanita HIV positif yang telah berkahwin masih mempunyai hak untuk mengandung. Pada tahun 1999, saya mengandungkan anak yang ketiga. Setelah mendapat nasihat daripada doktor di Hospital Kuala Lumpur ketika itu ,saya dibekalkan ubat AZT untuk mengelakkan virus daripada memasuki uri yang boleh menyebabkan jangkitan virus HIV kepada anak didalam kandungan.

Saya melahirkan anak secara normal dan anak saya mendapat rawatan dari pakar kanak-kanak iaitu Dr Kamarul di HKL. Alhamdullilah, anak saya HIV negatif. Pada tahun 2002, saya mengandungkan anak keempat. Prosedurnya tetap sama, cuma kali ini saya perlu menjalani pembedahan dan diikat saluran peranakkan. Menyusu bayi adalah dilarang. Tetapi kesemua anak saya bebas daripada penyakit HIV .Keempat-empat anak saya mengetahui status saya sebagai seorang wanita HIV positif. Sikap keterbukaan  mereka dan prihatin mereka adalah pemangkin semangat saya.                                       
Nasihat untuk  mengikat saluran peranakkan pada zaman dahulu merupakan nasikhat yang baik memandangkan tiada rawatan ubat HAART ketika itu. Wanita HIV positif seperti saya sekarang  ini pun dinasihatkan untuk “diikat” walaupun telah memulakan rawatan HAART.    Sokongan berterusan untuk wanita HIV positif supaya memulakan rawatan amatlah diharapkan, bukan hanya daripada rakan dari segi bantuan sokongan, tetapi juga dari ahli keluarga terdekat. Memang terdapat sedikit alahan ketika memulakan ubat HAART ,akan tetapi kesan sementara dapat diatasi dengan adanya bantuan dan sokongan moral daripada ahli keluarga. Sehingga ke hari ini saya masih mendapat sokongan dari mereka.     

  Wanita HIV positif yang hidup sihat seperti saya setelah memulakan rawatan dan patuh pada rawatan sebenarnya dapat mengikis stigma masyarakat terhadap wanita yang hidup dengan HIV. Tanggapan negatif mengenai isu kesihatan wanita HIV positif dapat dibalas dengan kejayaan mereka meneruskan kehidupan berkeluarga. Wanita HIV positif bukan pendosa, tetapi kami telah lebih cekal mengharungi kehidupan .  Amalan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang amat penting untuk wanita yang hidup dengan HIV. Sepanjang tempoh sebelum memulakan rawatan HAART, saya menjaga kepentingan pemakanan saya. Wanita HIV positif mempunyai sistem imun yang rendah dan mudah mendapat jangkitan. Sistem imun semakin berkurang saban hari jika tiada sebarang rawatan .

  Ketepatan masa juga penting untuk saya yang berada di tahap ini selepas memulakan rawatan. Rawatan ulangan cuma 6 bulan sekali.Ubat-ubatan pula di terima melalui sistem pos .Tiada sebab mengapa saya harus alpa akan kesihatan diri. Walaupun masih lagi terdapat saudara mara yang memulau saya disebabkan status saya, saya menganggap ini semua cabaran  untuk membuktikan wanita berstatus HIV positif boleh menjaga keluarga dan menjalankan hidup yang biasa seperti mereka. Setiap kata-kata negatif harus dibalas dengan ilmu yang boleh mendidik kembali mereka untuk beranggapan baik terhadap wanita HIV positif seperti saya. 

Zero stigma , zero diskriminasi bermula dgn sikap wanita HIV positif . Saya wanita HIV positif yang telah berjaya membuktikan kaedah rawatan sekarang dapat mengelakkan virus HIV menjadi satu penyakit yang dikenali AIDS.

Friday, 13 February 2015

Love In The Time of HIV/AIDS

By Ram23 

Have you ever wondered what it’s like is to wake up in the morning feel like you are 10 or 20 years older, with pristine numbness in your heart, and you feel unlike a human being? Well, in some niche you will find where your life is heading to but it’s always too late for a realization or sometimes it occurs too early with numerous hindrances. Hard facts, yeah?

It’s certainly hard for me, living in a society with cultural norms, being a subjective subjugation and prejudice is the only thing you face first thing in the morning and also before you sleep, it’s a sheer wreck of emotion on a daily basis, except that you don’t have to pay for it, it comes with free scorn!

Love for a man from a man is considered wrong in this society where the internalization of homophobia happens even within the gay community itself. Even though transsexuality is something common in Malaysia and people are slowly breaking free from the usual stigma, homosexuality seems to create new chaos, at least in Malaysia. People are more comfortable with pedophiles than the term homosexuality.

Jay and I were together for 3 years and it all started 6 years ago. I was 16 and smart enough to access internet and got my first computer. Growing up as an Indian in an orthodoxed family, you have to put aside your interests and behave like a “Man”, they say. I was 10 when I told my parents that I wanted to learn ballet but instead they sent me to Tae Kwando class. Dance is for girls, the first stereotype I faced.

I got to know Jay through PR (Planet Romeo, a gay dating site) 3 years ago. We first started chatting casually and going on outings. He was a good guy and possessed all the characteristics that I ever wanted in a man. He was an engineer in one of the private firms. We were happy for the first 12 months. We shared a lot of things, except his secret. I was in love with him, and I confessed my interest towards him. He asked me to wait, and that’s how our awkward dinner ended.

We were indulged in love for the last 2 and half years. He introduced me to his parents as his best friend and I did the same. Isn’t it funny and sad when you know someone is your better half but because of your orientation you couldn’t tell your parents that he is the one you want marry. Wait, marriage? Informing parents? It’s an alien term for Christ sake.

He was living with his parents and I was still studying at the time. He would come and stay with me at my hostel. We had many intimate moments together. Saturdays and Sundays were always the best days of my life. It wasn’t just about sex but the acceptance and the feeling of having someone important in your life taking care of you. The way he caresses my hair and he kisses my forehead, I wish the time would just freeze. How do you feel when your partner leaves you every Sunday and you have to wait for the week to be over just to get together with him, and just because of society’s perception and stigma you can only hold hands within the lock of four walls but in public you are just his “friend” and nothing more? I’m really jealous of straight couples; at least they have freedom, freedom to love. 

Yeah, we couldn’t possibly get married legally; we can only be closeted gay couples. But, it was as usual, until 2 months ago. I was sick. I went to see my therapist and he got my screening done. Normal prescription was given and I felt weak and in worse conditions even after 2 weeks of medication. The doctor asked me to wait for my test report and then he told me I have been diagnosed with HIV. I’m going to die soon.

I called Jay and…I kept quiet. I couldn’t talk. I wiped my eyes without realizing that my face was drenched with tears. I ended the call without saying anything but I heard him say “Hey, Ram, say something, why you are quiet?” My life was too quiet for words. 2 days after knowing my status, I received a call from Jay’s parents. I was in my room with closed curtains so there’s no way for light to penetrate in, as if the sun light will kill me instantaneously. “Hello, Ram? Jay got in an accident on his way back from work. Could you come?” was the single line from a trembled voice. 

Before the crash, Jay received a text message from me. “Jay, I’m HIV POZ”. The last word I heard from him was sorry as he begged for my forgiveness. It’s a miracle to get Mr.Perfect in a gay relationship despite all the stigma, and it’s hard to get a loyal one. Jay left me with the stain of his memory that kills every part of my cells with every tick of a minute. 

Hope and faith is the two poles that I cling to while counting my days and waiting to see him again, at least in different dimension. If only people had given us the chance to live the life we wanted, Jay wouldn’t have died and I wouldn’t have to spend the rest of my life alone with sickness. We are not sex symbols, we are not selling ourselves for pleasure and we are not topics of entertainment. We are human; just like you, if only you had given us the opportunity, but instead I live a stranded life, in the middle of the metropolitan, with his love and memory! 

Tuesday, 13 January 2015

Call for Entries! (Panggilan Untuk Penyertaan!)

Different Shades of Pink is having its very first Call for Entries and your article could be published here! All you would have to do is submit it!

  In conjunction with Valentine’s Day in February, the very first theme for Different Shades of Pink will be “Love in the Time of HIV/AIDs”. Ever been in a relationship with a person living with HIV/AIDs? Or are you a person living with HIV/AIDS in a relationship? Or do you know couples who are living with HIV/AIDS? Tell us about it. Let us know how you cope with the challenges. Has it made your relationship stronger? How have you dealt with it? 

Here are the requirements for your article:

1) Articles can be written in English, Malay or Chinese.
2) Articles should be approximately 1,000 words long.
3) Articles should adhere to the theme of “Love in the Time of HIV/AIDs”
4) Writers have the option to remain anonymous or use a pseudonym. 
5) Writers may include pictures, so long as they credit the source. 
6) Articles should not contain offensive elements such as racism, sexism or pornography. 
7) Please email your submission to ptfmalaysia.media@gmail.com by the 30th of January 2015.

If you have any enquiries, please feel free to email your questions to ptfmalaysia.media@gmail.com as well. 
Looking forward to your submissions! 

_____________________________________________________

Inilah panggilan untuk Penyertaan "Different Shades of Pink" yang pertama dan rencana anda mungkin akan diterbitkan di sini! Anda hanya perlu menulis dan menyerahkan penyertaan anda kepada kami!

  Dengan semangat Hari Valentine di bulan Februari, tema pertama untuk "Different Shades of Pink" adalah "Cinta di dalam Waktu HIV/AIDS". Pernah bercinta dengan orang yang menghadapi HIV/AIDS? Ataupun anda seorang yang menghadapi HIV/AIDs dan tengah dilamun cinta? Kenalkah anda dengan pasangan yang menghadapi HIV/AIDs? Ceritakan kepada kami. Ceritakan tentang halangan yang anda hadapi. Adakah halangan-halangan ini telah membuat hubungan anda dengan pasangan anda lebih teguh? Bagaimana anda menghadapi halangan-halangan tersebut?

Ini adalah syarat-syarat penyertaan:

1) Rencana anda perlu ditulis di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Cina.
2) Rencana anda perlu ditulis dalam jangka 1,000 perkataan.
3) Rencana anda perlu selari dengan tema "Cinta di dalam Waktu HIV/AIDs".
4) Anda mempunyai pilihan untuk tidak menggunakan nama sebenar ataupun tidak meletakkan nama kepada karya anda.  
5) Anda boleh mengunakan gambar, tapi anda perlu memberi kepujian kepada jurugambar ataupun sumbernya.
6) Rencana anda tidak boleh mempunyai unsur-unsur penghinaan seperti racism, sexism atau unsur pornografi. 
7) Sila menghantar penyertaan anda melalui emel kepada ptfmalaysia.media@gmail.com sebelum 30th Januari 2015. 

Sebarang pertanyaan boleh dihantar kepada ptfmalaysia.media@gmail.com juga. 

Kami sedia menanti penyertaan-penyertaan anda!