Tuesday, 21 April 2015

Hubungan Seorang Perempuan Dengan HIV/AIDS

Words by Salina Shaari

Kesanan penyakit HIV/AIDS di Malaysia pada tahun 1986 .Selang beberapa tahun selepas itu, HIV/AIDS telah menjadi penyakit berjangkit utama yang menyebabkan kematian. Sekitar 1990an HIV/AIDS mula dikenali menjangkiti kepada wanita. Nisbah wanita yang dijangkiti virus HIV/AIDS ketika itu amatlah rendah jika dibandingkan dengan kadar jangkitan terhadap lelaki.

       Diantara wanita tersebut ialah saya. Saya Salina, seorang wanita yang telah lama hidup dengan HIV/AIDS. Saya telah hidup dengan HIV selama 20 tahun. Wanita seperti saya mudah terdedah dengan jangkitan dan ia boleh berlaku melalui hubungan seks, penggunaan jarum suntikan yang sama dengan pembawa virus HIV akibat penyalahgunaan dadah,   pemindahan darah semasa  pembedahan daripada darah pembawa virus HIV/AIDS ataupun jangkitan daripada ibu yang pembawa HIV/AIDS kepada anak.

  Wanita yang merupakan HIV positif menghadapi pelbagai isu seperti isu kesihatan, rawatan, pencegahan, stigma dan diskriminasi serta bebanan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai seorang wanita yang hidup dengan HIV/AIDS, kekuatan mental, emosi serta pengetahuan HIV/AIDS amat penting. Perkara ini telah menolong saya berfikir secara rasional dalam membentuk hidup saya di masa hadapan.

Kesukaran saya berdepan dengan semua masalah ini dapat diatasi hasil daripada nasihat dan panduan daripada Dato' Dr Christopher Lee yang merupakan pakar untuk penyakit berjangkit ketika saya mendapat tahu yang saya dijangkiti penyakit ini. Ketiadaan rakan sokong bantu dan kaunselor yang arif tentang HIV/AIDS merupakan masalah utama saya dan wanita seperti saya yang hidup dengan HIV/AIDS pada awal 1990an.

(Image from Google)

       Gangguan emosi dan perasaan sukar untuk menerima kenyataan adalah cabaran utama wanita HIV positif. Pada waktu itu, hidup umpama seperti "pokok tiada baja" ataupun “bangkai bernyawa". Syukur kepada Tuhan yang sebagai seorang Muslimah, saya menerima takdir dengan hati yang terbuka dan berfikir secara bijak dengan mengawal emosi saya. Apa yang ada ketika itu hanya kematian kerana belum ada lagi sebarang rawatan sekitar tahun 1995. Namun begitu , ini bukanlah penyebab untuk saya tidak akur kepada temujanji yang ditetapkan. Kaedah rawatan untuk wanita HIV positif yang disediakan dari dahulu hingga sekarang adalah sama seperti lelaki. Rawatan ulangan tertakluk kepada kesihatan wanita itu sendiri. Wanita HIV positif seperti saya yang belum memulakan  rawatan HAART (pada masa itu) berisiko untuk mendapat jangkitan lain seperti kanser serviks dan lain-lain lagi. Saya amat bernasib baik kerana sepanjang 14 tahun sebelum saya memulakan rawatan HAART, saya tidak mendapat penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan saya. Hanya apabila selepas memulakan HAART saya mendapat T.B iaitu selepas 16 tahun hidup dengan virus HIV. 

Dua tahun selepas kematian suami saya yang pertama akibat AIDS, saya berkahwin semula dengan seorang lelaki HIV negatif yang mengetahui akan status saya. Pada tahun 1999, prosedur perkahwinan tidak memerlukan pasangan yang ingin berkahwin untuk membuat ujian HIV. Ramai dikalangan wanita HIV positif berkahwin dan meneruskan hidup hingga sekarang. Sekarang, undang- undang telah ditetapkan oleh majlis agama islam di seluruh Malaysia yang mewajibkan semua pasangan yang ingin berkahwin untuk mengambil ujian HIV. Ini akan menghindari wanita HIV positif seperti saya untuk meneruskan hidup mereka dengan pasangan baru. 

Namun begitu, institusi perkahwinan bukanlah penyelamat seseorang wanita daripada dijangkiti virus HIV/AIDS. Wanita yang berkahwin tanpa mengetahui status (HIV) si suami berisiko tinggi mendapat penyakit ini. Wanita seperti saya juga agak sukar untuk meminta si suami menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks. Wanita HIV positif yang belum memulakan rawatan seperti saya berisiko untuk menjangkitkan pasangan seperti suami saya. Oleh kerana itu, langkah pencegahan harus diutamakan dengan penggunaan kondom ketika bersama suami. Tindakan ini dapat mengelakkan jangkitan virus HIV kepada pasangan kita. Selama 17 tahun perkahwinan saya, suami saya bebas daripada jangkitan.      

  Sebenarnya hubungan wanita HIV positif amat besar maknanya membabitkan soal kehidupan berkeluarga. Wanita HIV positif yang telah berkahwin masih mempunyai hak untuk mengandung. Pada tahun 1999, saya mengandungkan anak yang ketiga. Setelah mendapat nasihat daripada doktor di Hospital Kuala Lumpur ketika itu ,saya dibekalkan ubat AZT untuk mengelakkan virus daripada memasuki uri yang boleh menyebabkan jangkitan virus HIV kepada anak didalam kandungan.

Saya melahirkan anak secara normal dan anak saya mendapat rawatan dari pakar kanak-kanak iaitu Dr Kamarul di HKL. Alhamdullilah, anak saya HIV negatif. Pada tahun 2002, saya mengandungkan anak keempat. Prosedurnya tetap sama, cuma kali ini saya perlu menjalani pembedahan dan diikat saluran peranakkan. Menyusu bayi adalah dilarang. Tetapi kesemua anak saya bebas daripada penyakit HIV .Keempat-empat anak saya mengetahui status saya sebagai seorang wanita HIV positif. Sikap keterbukaan  mereka dan prihatin mereka adalah pemangkin semangat saya.                                       
Nasihat untuk  mengikat saluran peranakkan pada zaman dahulu merupakan nasikhat yang baik memandangkan tiada rawatan ubat HAART ketika itu. Wanita HIV positif seperti saya sekarang  ini pun dinasihatkan untuk “diikat” walaupun telah memulakan rawatan HAART.    Sokongan berterusan untuk wanita HIV positif supaya memulakan rawatan amatlah diharapkan, bukan hanya daripada rakan dari segi bantuan sokongan, tetapi juga dari ahli keluarga terdekat. Memang terdapat sedikit alahan ketika memulakan ubat HAART ,akan tetapi kesan sementara dapat diatasi dengan adanya bantuan dan sokongan moral daripada ahli keluarga. Sehingga ke hari ini saya masih mendapat sokongan dari mereka.     

  Wanita HIV positif yang hidup sihat seperti saya setelah memulakan rawatan dan patuh pada rawatan sebenarnya dapat mengikis stigma masyarakat terhadap wanita yang hidup dengan HIV. Tanggapan negatif mengenai isu kesihatan wanita HIV positif dapat dibalas dengan kejayaan mereka meneruskan kehidupan berkeluarga. Wanita HIV positif bukan pendosa, tetapi kami telah lebih cekal mengharungi kehidupan .  Amalan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang amat penting untuk wanita yang hidup dengan HIV. Sepanjang tempoh sebelum memulakan rawatan HAART, saya menjaga kepentingan pemakanan saya. Wanita HIV positif mempunyai sistem imun yang rendah dan mudah mendapat jangkitan. Sistem imun semakin berkurang saban hari jika tiada sebarang rawatan .

  Ketepatan masa juga penting untuk saya yang berada di tahap ini selepas memulakan rawatan. Rawatan ulangan cuma 6 bulan sekali.Ubat-ubatan pula di terima melalui sistem pos .Tiada sebab mengapa saya harus alpa akan kesihatan diri. Walaupun masih lagi terdapat saudara mara yang memulau saya disebabkan status saya, saya menganggap ini semua cabaran  untuk membuktikan wanita berstatus HIV positif boleh menjaga keluarga dan menjalankan hidup yang biasa seperti mereka. Setiap kata-kata negatif harus dibalas dengan ilmu yang boleh mendidik kembali mereka untuk beranggapan baik terhadap wanita HIV positif seperti saya. 

Zero stigma , zero diskriminasi bermula dgn sikap wanita HIV positif . Saya wanita HIV positif yang telah berjaya membuktikan kaedah rawatan sekarang dapat mengelakkan virus HIV menjadi satu penyakit yang dikenali AIDS.

5 comments:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan? Nama syarikat kami adalah perkhidmatan kewangan zion terhad, kami memberi pinjaman kepada pelanggan yang berminat yang ingin mendapatkan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan mereka, kami boleh membantu anda dengan pinjaman sehingga € 15 juta euro. kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah 3%. Kami boleh membantu anda dengan meminjamkan wang anda, untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada anda, kami juga menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, pinjaman gadai janji, pinjaman pertanian, atau pinjaman untuk apa-apa sebab lain-lain Jika anda memerlukan pinjaman hari ini hubungi kami. Kami boleh memberi pinjaman sehingga 15 juta euro. Email kami memohon: zionloanfirm.ltd@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Halo, aku Puan Maryan sani pemberi Pinjaman Pinjaman Peribadi. Perusahaan Kami menyediakan Pinjaman Pada Tingkat rendah 2%. Apakah Anda Perlu Pinjaman Mendesak Untuk melunasi Utang Anda, Atau Anda membutuhkan Pinjaman Untuk Meningkatkan Bisnis Anda, tagihan TUNAI VISA VISA Anda dan Meningkatkan Anda Fasiliti Perusahaan? Anda Telah Putusan yang Ditolak Oleh bank dan Institusi Kewangan lainnya? Layanan ini kepada Akan Memberikan Baik dojdocb.html entiti, syarikat, Bisnis lelaki dan Wanita Dan Kami TIDAK costomers terburu-buru kami pada TUNAI VISA VISA, melainkan Kita Memberikan Acha lebih pilkada waktu Untuk melunasi laon Acha Telah dikumpulkan. Namun, Peluang Kewangan Pada Langkah pintu Anda, jadi hubungi kami hari ini kepada melalui e-mel di: maryansaniloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Kami adalah Organisasi Kristen dibentuk untuk membantu orang yang membutuhkan bantuan, seperti help.So keuangan jika Anda akan melalui kesulitan keuangan atau Anda berada dalam kekacauan keuangan, dan Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri, atau Anda membutuhkan pinjaman untuk melunasi hutang atau membayar tagihan Anda, memulai bisnis yang baik, atau Anda menemukan kesulitan untuk mendapatkan pinjaman dari bank lokal, hubungi kami melalui email hari ini untuk bantuan tersebut (pinjaman, uang start-up): rebaccamorrisloanfirm @ gmail. com untuk Alkitab mengatakan "" Lukas 11: 10 Setiap orang yang meminta, menerima; dia yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu akan dibukakan "jadi jangan biarkan kesempatan ini berlalu begitu saja karena Yesus adalah sama kemarin, hari ini dan selamanya. Silakan ini hanya untuk orang-orang yang berpikiran serius dan Allah takut di keuangan kesulitan dan ingin menemukan jalan keluar.

    Anda disarankan untuk mengisi dan mengembalikan rincian di bawah ini ..

    Namamu: ______________________

    Alamat Anda:____________________

    Negara: ____________________

    Kerjamu:__________________

    Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: ______________

    Pinjaman Durasi: ____________________

    Pendapatan bulanan: __________________

    Nomor telepon:________________

    Apakah Anda mengajukan pinjaman sebelumnya: ________________

    Jika Anda telah membuat pinjaman sebelumnya, di mana Anda diperlakukan dengan jujur? di mana perusahaan tersebut berlokasi? .

    ReplyDelete
  4. Apakah Anda seorang pebisnis atau wanita? Apakah Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk melunasi utang atau membayar tagihan Anda atau memulai bisnis yang baik, Membeli rumah atau mobil? "Kredit Investasi" penawaran? Kami menyediakan pinjaman konsolidasi utang, pinjaman bisnis, pinjaman refinancing rumah, kredit mobil, pinjaman pribadi, dan pinjaman perusahaan dengan bunga 2% per tahun. Apakah Anda dalam kekacauan finansial atau anda telah ditolak oleh bank dan ditipu? Kami menawarkan jenis berikut pinjaman dan banyak lagi ada biaya dimuka; € 2.000,00 Minimum hingga maksimal € 9.000.000 Pembayaran Term (1-30 tahun) untuk pembayaran, dengan fasilitas standar World Class dan memastikan bahwa dana yang masuk ke rekening bank Anda dalam 48 jam ke depan, kami menawarkan berikut. pinjaman kami baik diasuransikan untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami. jika berminat, silakan Balas kepada kami melalui email di aaminahrahmanloancompany@gmail.com, BBpin = 58BDF056

    ReplyDelete
  5. Halo, nama saya Yusi Retnowati dari Indonesia, tolong saya sarankan semua orang di sini harus sangat berhati-hati, karena ada begitu banyak kreditor pinjaman palsu di internet, tapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah scammed oleh 8 kreditur pinjaman yang berbeda, saya kehilangan banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang karena berhutang.

    Saya hampir menyerah sampai saya meminta saran dari seorang teman yang mengenalkan saya pada pemberi pinjaman pinjaman asli dan perusahaan yang sangat andal yaitu Karen Mark Financial Loan Company yang mendapat pinjaman saya sebesar 500 juta rupiah Indonesia (lima ratus juta rupiah di Indonesia) Kurang Dari 24 jam Tanpa tekanan atau tekanan pada tingkat bunga rendah 2%. Saya sangat terkejut saat memeriksa rekening bank saya dan menemukan jumlah pinjaman yang saya minta telah ditransfer ke rekening bank saya tanpa ada penundaan atau kekecewaan, jadi saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik tersebut sehingga orang dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Karen Mark

    Saya ingin Anda mempercayai Ibu Karen Mark dengan sepenuh hati karena dia sangat membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi perusahaan melalui email: (karenmarkfinancialloancompany@gmail.com)
    Anda juga bisa menghubungi saya melalui email saya, jika Anda merasa sulit mengajukan pinjaman dari perusahaan. (Yusiretnowati010@gmail.com). Tuhan tolong dan hati-hati

    ReplyDelete