Tuesday, 10 February 2015

Da Ma Cai Chinese New Year Charity Program

Words & Photographs by Manis Chen

Baru-baru ini saya berpeluang menyertai majlis penyerahan sumbangan kewangan dari pihak Pan Malaysian Pools Sdn Bhd. Majlis bertemakan “Da Ma Cai Chinese New Year Festival Charity Program” telah diadakan di Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor.  

Lebih 30 buah badan bukan kerajaan, rumah perlindungan dan persatuan di sekitar Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan telah dijemput menghadiri majlis ini. PT Foundation adalah satu-satunya NGO yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti penyediaan rumah perlindungan atau penjagaan kanak-kanak kurang upaya. Keprihatinan pihak penderma terhadap aktiviti yang dilakukan oleh NGO-NGO ini adalah amat mengharukan kerana kebanyakan mereka bukanlah nama-nama besar dalam bidang yang mereka lakukan dan amat mengharapakan bantuan dari sektor korporat. Dari pemerhatian saya juga, NGO-NGO ini lebih bersifat tempatan, memberi khidmat kepada masyarakat setempat. 

Pertunjukan Tarian Singa

Para tetamu majlis telah dihiburkan dengan pertunjukan tarian singa, persembahan berkumpulan dari kanak-kanak spastik dan juga tiupan seruling oleh beberapa individu semasa acara berlangsung dan ketika makan tengahari dihidangkan. Hidangan yang disediakan adalah bertemakan makanan masakan cina.

Persembahan oleh kanak-kanak spastik

Setiap tetamu juga diberikan beg cenderamata yang berisi dua biji limau mandarin, air kotak dan sebotol air mineral. Selain itu, para tetamu juga mendapat ang pow dan ang pow berbentuk mata wang syiling cina kuno yang dibuat dari coklat.

Mengambil beg cenderamata dari Dewa Kekayaan

Saya berasa amat bertuah kerana dapat menyertai majlis ini dan amat berterima kasih kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd atas jemputan dan sumbangan mereka kepada PT Foundation. 

1 comment:

  1. Hello, am Tanya Albert from United State. am happy sharing this great testimony on how i was checking for solution in the internet then miraculously i came Across Dr Ekpiku, the powerful herbalist that Cure Numerous individuals HSV-1 AND HSV-2 INFECTION,then i contacted his Email: (ekpikuspellhomeofgrace@gmail.com) I Explained everything to him and he prepared me a herbal medicine that cure my HSV-1 AND HSV-2 Disease totally after making use his herbal medicine, So My friends viewers why wait and be suffer when there is someone like Dr Ekpiku, that can cure any disease HIV/ CANCER/ HEPATITIS B VIRUS,LOW SPERM COUNT, ALS , ANCE PIMPUS , LUPUS VIRUS, You Can "CONTACT him Via : Email : (ekpikuspellhomeofgrace@hotmail.com) or call +16506538578 You Can Contact Him Today And Get Your Problem Solved.

    ReplyDelete